Amalan 6 Ayat Syifa

“SERING RASA SAKIT-SAKIT BADAN???”

“DAH BERUBAT DI BANYAK TEMPAT TAPI MASIH SAMA???”

“JOM CUBA AMALKAN 6 AYAT SYIFA UNTUK RAWATAN!!!”

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

✎ Setiap orang islam tahu bahawa Al-Quran itu adalah merupakan petunjuk bagi mereka.Selain dari itu, Al-Quran juga mengandungi ayat-ayat yang amat bermanfaat bagi tujuan rawatan pelbagai penyakit, sama ada penyakit fizikal mahupun spiritual.Ini tidak dapat dinafikan lagi kerana sudah termaktub di dalam ayat AL-Quran itu sendiri.
✎ Berbagai penyakit yang diderita seseorang itu sebenarnya merupakan ujian dan cobaan dari Allah, agar mereka bertaubat dan kembali pada Allah, sebagai diingatkan dalam surat Al Insan

✎”Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.” (Al Insan 29)

✎ Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda enam ayat syifa yang boleh anda gunakan untuk merawat sebarang jenis penyakit yang dialami. Tapi sebelum itu, ada perkara paling penting yang perlu anda ingat, faham dan yakin betul-betul.

✎ Perkara yang paling penting itu ialah anda perlu niat dan yakinkan di dalam hati bahawa yang menyembuhkan segala penyakit anda ialah Allah semata-mata, tiada yang lain. Ayat syifa yang anda amalkan hanyalah sebagai ikhtiar semata-mata dan tidak mampu memberikan kesan jika tidak diizinkan Allah.

✎6 AYAT SYIFA ITU ADALAH:

✎ Ayat ini hendaklah di amalkan masing-masing sebanyak 7x setiap selepas solat fardhu 5 waktu dan boleh juga di tiupkan ke medium rawatan seperti air,garam atau minyak untuk digunakan di dalam proses rawatan.

✎ Di antara manfaat dan kelebihan dengan membaca ayat syifa ini ialah:

✯ Rawatan Pelbagai penyakit fizikal dan spiritual
✯ Perisai dan Keselamatan Diri
✯ Membuat air penawar penyakit
✯ Merawat penyakit menahun(penyakit lama)
✯ Merawat masalah gangguan sihir
✯ Merawat masalah gangguan Jin.
✯ Menunaikan segala hajat

✍ Dengan ini, Sidi Izwan mengijazahkan amalan 6 ayat Syifa ini kepada para pembaca semua.Semoga kita semua dapat mengamalkan amalan ini secara istiqamah.SELAMAT BERAMAL!!!