Membuat Air Penawar

“SELALU RASA SAKIT BADAN TAPI MALAS MAKAN UBAT??”

“INGIN MENGETAHUI CARA BAGAIMANA MEMBUAT AIR PENAWAR PENYAKIT??”

“LAKUKAN SENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH YANG MUDAH INI!!!”

✍ Ramai orang sekarang seringkali menghidap pelbagai jenis penyakit yang tidak diketahui puncanya.Tak kurang pula dah tahu punca tapi masih tidak mahu makan ubat atau pergi mendapatkan khidmat rawatan kesihatan.Kesiankan??sudah jatuh ditimpa tangga, tapi malas berusaha pula!!hish!!

✍ Bila dah sakit, nak beribadah pun tak boleh, nak buat kerja pun tak boleh serba-serbi tak kena!!!itula ragam manusia yang kadang-kadang kita tak dapat nak jangka.

✍ Jangan risau!!!kerana di sini akan di ajarkan teknik D.I.Y bagaimana cara nak buat air penawar pelbagai jenis penyakit sama ada penyakit fizikal ataupun spiritual yang mudah!!!Sekurang-kurangnya kita dah berikhtiar dan berusaha, selebihnya adalah urusan Allah yang maha kuasa.Bi-Idznillah!Nak tahu caranya???

✍Lakukan cara seperti berikut:

✔ Sediakan sebotol besar air mineral/Air putih

✔ Baca Surah Al-Fatihah 3x

✔ Zikir kan ayat berikut 11x:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

✔ Zikirkan ayat berikut 11x:
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

✔ Kemudian tiupkan ke air mineral tadi selama 10 saat dengan tiupan yang halus.Air siap dan boleh digunakan untuk minum bagi merawat pelbagai jenis penyakit pada diri kita mahupun orang lain.Macam mana???mudahkan??JOM CUBA!!!

✍ Dengan ini, Sidi Izwan mengijazahkan amalan membuat air penawar penyakit ini kepada para pembaca semua.Semoga kita semua dapat mengamalkan amalan ini secara istiqamah.SELAMAT BERAMAL!!!SALAM ZUHUR!!!