Program Guru al Awwal Pancaran Nur

Program Guru Al Awwal Pancaran Nur merupakan program gabungan dari beberapa keilmuan yang kami tawarkan. Program Guru Al Awwal digabungkan ke dalamnya beberapa keilmuan ilmu-ilmu yang sesuai dan dirumus bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjadi seorang perawat spiritualis berbakat dan memiliki kemampuan supernatural secara maksimum yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit sama ada fizikal mahu pun spiritual.

Pada samping itu, dengan amalan-amalan yang kami ajarkan seseorang dapat mendekatkan hubungan kita iaitu ubudiyyah kita kepada Allah. Selain itu dapat membuka potensi jaluran ghaib pada tubuh yang dapat digunakan secara maksimum yang dapat meraih dan menarik potensi kejayaan dan kekayaan di dalam kehidupan seharian.

Menjadi jutawan spiritual, memiliki pelbagai kebolehan luar biasa yang tidak dimiliki oleh orang lain, awet muda dan bertambah sihat, memiliki daya stamina dan tahan tubuh prima yang luar biasa dan menguasai pelbagai ilmu spiritual tingkat tinggi dengan mudah.

Antara manfaat mengikuti program ini ialah;

  • Peningkatan Kualiti Keselamatan – Seseorang  yang telah terbangkit Energi Ilahiah Haq melalui Program Guru Al Awwal akan terlindungi dirinya dari berbagai macam tindak kejahatan, sama ada dalam bentuk kejahatan fizikal (rompakan, penculikan, rogol, kezaliman, penganiayaan dan sejenisnya, mahupun kejahatan tanpa bentuk yakni secara ghaibiyah (sihir, teluh/guna-guna, telepati negatif, gendam negatif, hipnotis negatif, pukau,santau, ilmu hitam dan yang lain sejenisnya).
  • Peningkatan Kualiti Kesehatan – Seseorang  yang telah terbangkit Energi Ilahiah Haq melalui Program Guru Al Awwal akan terhindar dari pereputan tulang (Osteoporosis), merasakan kesegaran badan, ketenangan, terhindar dari stroke, peningkatan konsentrasi fikiran, terhindar dari lemah badan dan lemah jantung, meningkatkan kekuatan batin dan awet muda dalam jangka waktu tertentu.
  • Pada samping itu Energi  Ilahiah Haq Program Guru Al Awwal dapat digunakan untuk membantu proses Terapi Penyembuhan Peribadi dan orang lain (secara langsung, jarak dekat, mahupun jarak jauh), baik penyakit fizikal atau spiritual. Jangka waktu proses penyembuhan bergantung kepada tahap penyakit.
  • Peningkatan Kemampuan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), & Spiritual Quotient (SQ), dalam rangka mencapai keberhasilan dalam hidup, meningkatkan kualiti keselamatan, kesihatan, ketenangan dan ketenteraman batin,melancarkan usaha dan kelapangan rezeki dari segala arah, terhindar dari segala musibah besar dan kecil, sinar karisma dan pesona diri, dan lain-lain.
  • Peningkatan Kualiti Spiritual – Seseorang  yang telah terbangkit Energi Ilahiah Haq melalui Program Guru Al Awwal akan pada waktu tertentu akan mengalami pula yang dinamakan peningkatan kualiti daya batin, iaitu kemampuan spritual yang digunakan untuk mempengaruhi atau memprogram daya batin sehingga mampu meningkatkan kualiti kehidupan orang yang telah terbangkit maupun orang lain.

Keilmuan yang akan diijazahkan ialah;

  • 5 13 Kunci Ilmu Pegangan Diri (updated!)
  • Asma’ Sungai Rajah (Guru Tinggi)
  • Al Hikmah Wa Syifa + Istighosah Khusus (Guru)
  • Ilmu Rawatan Syifa’ Pancaran Nur + Tambahan Ilmu Rawatan (Guru)
  • Ilmu Quantum Kerezekian + Kunci Magnetic Gold & Money(Guru)
  • Ilmu Pendekar Jagad (Guru)
  • Ilmu Hizib Maghrobi (Guru)
  • Ilmu Rawatan Al Asrar (Guru)
  • 30 Ilmu Tambahan (Guru) seperti rawatan, benteng pertahanan diri, pendinding diri dari serangan zahir & batin, amalan para waliyullah, hizib-hizib dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari program ini, masa yang diambil untuk mempelajari kesemua modul yang dinyatakan ialah selama 3 hari untuk mengkhatamkan satu ilmu demi satu ilmu. Kesemua modul yang diajarkan bertahap guru dan boleh diajarkan kepada orang lain tanpa syarat tertentu.

Mahar Program Guru al Awwal Pancaran Nur RM 6,800.00 
Diijazahkan kesemua amalan yang disebutkan di atas berserta nota, sijil, penginapan termasuk makan minum sepanjang pembelajaran dan diberi pengisian terus kepada tubuh.