Program Guru Muda Pancaran Nur

Program Guru Muda Pancaran Nur merupakan program gabungan ilmu-ilmu yang tinggi dan ampuh. Semua modul yang dilengkapkan dalam program ini merupakan modul atau teknik yang biasa digunakan di Pusat Rawatan Islam Pancaran Nur untuk merawat pesakit-pesakit. Sangat berguna untuk merawat penyakit fizikal mahu pun spiritual dan terdapat dalamnya amalan-amalan pendinding diri dari serangan sihir, gangguan jin, santau, guna-guna dan pelbagai lagi ilmu hitam lain.

Antara manfaat mempelajari Program Guru Muda Pancaran Nur ialah;

  • Mendapatkan ketenangan batin dan menjadi lebih dekat kepada Allah.
  • Mencegah segala penyakit berbahaya dari merebak dan memasuki ke dalam tubuh badan.
  • Mempunyai kemampuan penyembuhan yang begitu menakjubkan dan dapat digunakan untuk membantu orang lain.
  • Lain-lain manfaat dirasai sendiri oleh pengamalnya.

Modul atau ilmu yang terdapat program ini ialah;

  • Dibekalkan 3 Kunci Ilmu Pegangan Diri
  • Ilmu Asma’ Sungai Rajah (Guru)
  • Ilmu Al Hikmah Wa Syifa’ (Guru)
  • Ilmu Rawatan Syifa’ Pancaran Nur (Guru)
  • 30 Ilmu Hikmah Tambahan untuk diijazahkan kepada orang lain atau pun pesakit yang merangkumi amalan pendinding diri, pemagaran, hizib-hizib masyhur dan lain-lain.

Mahar Program Guru Muda Pancaran Nur RM 4,800.00
Diijazahkan kesemua amalan yang disebutkan di atas berserta nota, sijil, makan minum sepanjang pembelajaran dan diberi pengisian terus kepada tubuh.