Amalan Khusus Penawar Pelbagai Penyakit
Kebiasaannya, ramai orang di luar sana yang sering mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan,sama ada bersifat fizikal mahupun rohani.kadang-kadang bila dah sakit tu rasa serba-serbi tak kena.Ada berpunca daripada masalah stress, ada juga dari keadaan kesihatan yang memang tak mengizinkan.
Jangan lah kita mudah mengeluh sebelum berikhtiar, dalam Al-Quran pun dah disebutkan : وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ “Dan kami turunkan Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
Jelas di sini, Al-Quran adalah merupakan satu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.
Pembaca sekalian, di sini akan diperturunkan amalan khusus untuk ikhtiar penawar pelbagai penyakit tidak kira penyakit fizikal mahupun spiritual.
✍ Lakukan kaedah ini:
Sediakan 1 gelas air lobak merah/carrot(diblend) tanpa dicampurkan dengan susu atau gula.
Bacakan amalan ini:
وَإِذَا قَرَأْتَ القُرْآنَ جَعَلْنَا بَـيْنَكَ وَبَـيْنَ الَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ بِالآخِرَةِ حِـجَابًا مَسْتُوْرًا 9x
Tiupkan pada air tersebut dan buat minum 2x sehari, insyALLAH mudah-mudahan berkurang masalah kesihatannya.
Lakukan kaedah dan amalan ini dengan penuh penghayatan,yakin dan ikhlas.Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!