Amalan Penolak Bala
Dalam kehidupan seharian, semua orang pasti mahukan kehidupan yang bahagia serta aman damai.Begitu banyak ujian dan rintangan yang harus dilalui walaupun pahit untuk ditelan.
Walau bagaimana pun, sebagai umat islam, kita haruslah menjalani kehidupan dengan penuh adab dan tatasusila mengikut garis panduan syarak.Berikut akan disenaraikan beberapa amalan penolak bala dan seterusnya akan di ijazahkan amalan wirid khusus penolak bala.
Di antara amalan khusus penolak bala:
-
Melazimi berdoa Orang yang selalu berdoa akan dapat menolak segala bala bencana yang berlaku.
-
Bertaqwa “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya… Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (QS Ath Tholaq 2-4)
-
Ridho Orang Tua “Keridhaan Tuhan ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Tuhan ada pada kemurkaan orang tua” (HR Tirmidzi)
-
Bersedekah Keutamaan sedekah sudah banyak yang menyebutkan. Bahkan, secara terang sebuah hadis mengisyaratkan, “Sedekah itu benar-benar menolak bala.” (HR Thabrani dari Abdullah ib nu Mas’ud).
-
Istighfar “Kami tidak akan turunkan azab bencana selama mereka masih beristighfar.” (QS al-Anfal, 8: 33)
Berikut di ijazahkan amalan khusus penolak bala:
I. Bacakan Surah Al Fatihah 3x II. Zikirkan ayat berikut (Surah Al-Munafiqun ayat 6) 11x:
إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Sebaiknya amalan ini dibacakan setiap hari selepas solat subuh dan isya’, maka insyaALLAH akan terhindar dari bala.
Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!