Penyakit Ain Dan Cara Pencegahannya

cover penyakit ain

Pernahkah anda mendengar penyakit ain?apa itu penyakit ain?

✉Sihir Ain atau dikenali sebagai penyakit ‘Ain atau Al ‘Ain.Penyakit ini adalah berpunca dari pandangan jahat atau tatapan dari orang yang dengki dan jahat terhadap diri seseorang.

✉Pandangan jahat ini akan memberi kesan kepada orang yang terkena ain tersebut dan menyebabkan mereka jatuh sakit.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ Dari Aisyah radhiallahu anha,Rosululloh shallalloahu alaihi wa sallam bersabda: Berlindunglah kalian kepada Alloh dari ain (mata jahat) karena sesungguhnya pengaruh ain itu haq( nyata). (HR ibnu Majah no: 3499)

Berdasarkan pernyataan di atas, jelas bahawa memang wujudnya pengaruh penyakit ain itu.

✉Penyakit ain ini juga dikatakn lebih merbahaya dari terkena sihir, kerana ia tidak dapat diketahui dari siapa pandangan jahat itu datang.

✉Kebiasaannya pandangan jahat itu akan muncul sebagai contoh apabila seseorang itu dengki dengan kejayaan seseorang.Dengki itu datang apabila mereka lihat kejayaan seseorang di dalam kehidupan mereka.

✉Mereka akan berasa tidak puas hati dengan kejayaan seseorang dan memandang mereka dengan penuh rasa dendam kesumat, iri hati dan kedengkian.Maka, pandangan mereka itulah umpama pandangan “anak panah” yang akan menyebabkan orang yang dipandangnya itu jatuh sakit.

✎Penyakit ain pula terdiri dari 2 jenis iaitu ‘ain insani (berpunca dari manusia) dan ‘ain jinni(ain berpunca dari jin).

✎Di antara ciri-ciri orang yang terkena ‘ain ialah sering berasa sakit kepala,sering rasa ingin muntah dan banyak angin dalam tubuh, tidak boleh tidur malam,tiada nafsu makan,jantung berdebar,emosi tidak stabil dan berasa seperi sesuatu tidak kena pada diri.

✍Bagaimana kaedah mencegah dan merawatnya???

✍Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah dan merawatnya, antaranya melalui kaedah mandian dan minum air doa yang telah di doakan. Di sini, akan diijazahkan amalan khusus mencegah penyakit ‘Ain dan mengubatinya.Amalannya ialah:

I. Bacakan Surah Al-Fatihah   3x
II. Bacakan Ayatul Kursi            3x
III. Zikirkan ayat berikut  100x:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

IV. Bacakan ayat berikut sebanyak 9x:
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ 
.

Amalan di atas boleh diamalkan sehari sekali sebagai ikhtiar pencegahan dari terkena pandangan ‘ain orang lain pada diri kita.Jika ada yang sudah terkena penyakit ini, maka bacakan amalan itu pada air, dan hendaklah diberikan minum dan dibuat mandian kepada pesakit tersebut.

Dengan ini, Sidi Izwan mengijazahkan amalan mencegah dan merawat penyakit ‘ain ini kepada para pembaca semua.Semoga kita semua dapat mengamalkan amalan ini secara istiqamah.SELAMAT BERAMAL!!!SALAM ZUHUR!!!

Selamat beramal amalan di atas dan semoga beroleh manfaatnya!!!