2 Jenis Sayur Bagus untuk Masalah Pernafasan dan Amalan Penawarnya

cover sayur athma

Ada di antara kita semua yang sering mengalami masalah pernafasan seperti lelah,semput, batuk dan mudah letih dan lain sebagainya

Macam-macam faktor yang menyumbang kepada masalah ni, antaranya masalah kesihatan yang tidak mengizinkan seperti jangkitan virus atau bakteria pada saluran pernafasan, masalah udara yang tercemar yang di luar menyebabkan ramai mengalami masalah pernafasan.

2 Jenis sayur yang bagus untuk meredakan masalah pernafasan ialah sayur brokoli dan kobis.

  • Kandungan sulforaphane dalam brokoli mampu untuk mencegah terjadinya jangkitan pada saluran pernafasan.
  • Sayur Kubis juga baik untuk meredakan masalah pernafasan kerana kandunggannya lebih kurang sama seperti brokoli malah kaya dengan beta karoten yang dapat menjaga sel paru-paru daripada rosak

Para pembaca juga boleh mengamalkkan amalan ini bagi tujuan ikhtiar rawatan masalah pernafasan

✍ Rendamkan 3 atau 7 helai zaffaron ke dalam air putih/air suam selama 20 minit. Bacakan amalan berikut dan tiupkan pada air rendaman zaffaron:

Surah Al-Fatihah 3x

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء 9x

Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!